Wednesday, September 22, 2010

Keganasan Rumah Tangga~

Napew tajuk seyes kali ney... sebab semalam~ tetibe datang kesedaran sivik... sye bukan pergi ke dewan sivik tapi pergi mendengar ceramah agama... apekah yang di cerite kan di ceramah tersebut~ semestinya bukan ceramah skor 5A upsr yew kawan-kawan... tapi cerite pasal dunie mase kini... apew yang pasti di antara isi yang menarik ceramah tersebut adalah bilangan lelaki kurang daripada perempuan.... menurut ustaz yang memberi ceramah tersebut berkata, dunia akhir zaman adalah memperlihatkan jumlah lelaki adalah kurang daripada wanita... bukan dari bentuk nombor ataw statistik tetpai dari istilah kata... ustaz itu berkata lagi... pada masa kini kalaw di lihat daripada baby yang baru lahir... jumlah lelaki dan perempuan adalah sama banyak dan ada juga jumlah baby lelaki mengatasi baby perempuan~ jadi apew kah yang ustaz itu cuba sampaikan...
maksud ustaz tersebut adalah lelaki dari segi istilah sudah berkurangan... maksud lelaki di sini adalah seseorang yang melindungi, menghormati serta menjaga makhluk ALLAH yang bernama perempuan... jadi pada masa kini lelaki sudah berkurangan... lihat sahaja di akhbar hari2 ngan berite kt tv... berape banyak daaa kes rogol kes ragut kes bunuh kes cabul dan pelbagai kes lagi yang memperlihatkan lelaki memanipulasi kaum perempuan~ haruskah di panggil lelaki lagi kepada golongan ini... ta tahu larh... jadi pada akhir zaman ini susah suda mahu mencari LELAKI yang bertanggungjawab dan tahu tugasnya di dunia ini dan tugas nya pada seorang perempuan~ jadi ini larh yang di perkatakan oleh ustaz kat ceramah agama semalam...
Balik kepada tajuk cter ney... keganasan rumah tangga... aku...aku ta tahu larh kalaw larh kawan aku taw aku tulis ney untuk public review mampuih aku... tp untuk pengajaran kepada semua aku tuyis lam sipnopsis larh ae... aku adew due orang kawan... seorangnya hidup di dalam rumah yang mengamalkan keganasan rumah tangga... ayahnya yang kini suda bercerai dengan ibunye dahulu... bercakap menggunakan sepak terajang kata-kata kesat dan penampar yang senang-senang singgah di pipi... anak-anak ini pada suatu hari sudah tidak tahan melihat ibu mereke di perlakukan bgitu dan akhirnye anak lelaki mengambil keputusan untuk membelasah ayahnya sendiri... dan setelah anak lelaki bertindak begitu barulah semua anak-anak berani mengambil dan membuat keputusan untuk melepas kan ibu mereke daripada ayah yang sudah lama berkelakuan begitu kepada ibu mereke... jadi apa terjadi kepada kawan ku dan adik-adiknye... kini mereke semua pemarah orang nye... kata-kata kesat berada di hujung lidah... maki hamun mudah di perkatakan tidak kira pada orang tua ataupun muda di kenali atau tidak di kenali... dan paling aku ta bley terime ialah... kalaw mereke adik beradik gaduh di rumah sepak terajang belasah membelasah tu adalah perkara biasa... adakah anda mau keluarga anda jadi begini sehingga kan pada suatu tahap mereke panggil ibu mereke hanya menggunakan nama sahaja~ mana pergi adat mana pergi hormat... aku tidak tahu larhhh~
Kawan aku seorang lagi... baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga mereka... sepatutnye dalam masa dua bulan ini... pasangan kekasih yang sudah lama bercinta dan akhirnya dapat mendirikan rumah tangga... sepatutnye berseronok pergi honey moon tapi... yang terjadi sebaliknye... aku ta ske apabila kata-kata hati ku menjadi benar dan itu lah yang terjadi... pada majlis akad nikahnya... hati ku berkata perkhawinan ini hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja kalaw majlis nya huru-hara begini... sungguh ta sangka betul-betul terjadi... nak di jadikan cerite pada bulan pertama shaja tangan suami kawan aku ini da naek ke pipi die... dan kali kedue... die tolak kawan aku ney~ nyaris tak terkene bucu lantai bersimen... aku ta bley nak wat apew... kaki tangan mulut ku terkunci hanya mampu memberikan telinge aku untuk mendengar luahan hati kawan aku tuuu... n yang paling menarik pada raya ke-3 kawan ku di tampa lagi... nth ape lah da jadi dengan die ney... bercinta 7thn tapi sume nye hancur dalam masa 2 bulan~ hmmmm... n kali ney da smp climax kisah rumah tangga die... di mana die di belasah oleh lakinya di rumah mereke... kali ney bukan penampar jew ae... lelaki tu sepak kawan aku di perut... pijak belakang die... cekik... hentak kepale kat dinding... n yang paling sadis... tampar berulang kali sehinggakan darah kuar sikit di bibir kawan aku tuuu~ kalaw... larh aku adew berhampiran die sekarang... aku mahu sahaja ambik dia bawak balik rumah di mana dia lebih selamat bersama mak n ayah dia...
YA ALLAH AKU BERMOHON KEPADA MU... KAU HINDAR LARH PERKARA-PERKARA SEBIGINI DARIPADA MELANDA DIRIKU AHLI KELUARGA KU DAN JUGA SAHABAT-SAHABAT KU... KAU BERIKAN KAN LAH KEBAHAGIAAN KEPADA KAMI DAN JAUHILARH DUGAAN SEBEGINI RUPA.... AMIN
p/s: terime kasih kepada sesiapa yang sudi membaca cerite panjang ku ini... harap2 cubaan dan dugaan sebigini tidak singgah ke dalam kehidupan kita...

No comments:

Post a Comment