Thursday, August 13, 2009

Cerite Antu (karut lagi mengarut)

Mine berjalan malas menuju ke rumah apabila pulang lewat pada hari itu, di tangannya mempunyai bungkusan makan malam untuk makan bersama dengan rakan-rakan serumahnya sedang dia terkial-kial mebuka kunci pintu pagar, tiba-tiba dia di terpa oleh seorang orang tua yang rambutnya putih tidak bersikat, manakala pakaiannya compang camping, lagak seperti seorang pengemis dan orang tua itu memengang bahu Mine dan berkata “kawan kamu akan mati malam ini” kemudian perempuan itu lari dan hilang di telan kegelapan walaupun kat jalan tu ada lampu jalan… memang megik betul…

Mine yang terkejut dan terkedu... terus masuk ke dalam rumahnya walupun sebelum ini dia memang terkial-kial nak buka mangga pintu kat rumah tu.

“wei apehal baru Nampak hantu ker? Tanya Saraba.

“jangan cakap-cakap, aku sendiri pun tak tahu sape yang aku jumpe tadi… tapi dia ader cakap yang… yang… hmmm” kata Mine sambil mengeluh panjang dia sendiri pun tak tahu samaada dia harus percaya atau tidak kata-kata perempuan tua tadi.

“dia cakap aper bodoh kau buat suspen jer… cakap la aper” tanya Saraba lagi

“dia cakap… yang… yang… yang donut nie sedap… huhuhuhu” kata Mine

“Sengal dowh ko nie… aku lapar r… leh tak makan dulu” kata Saraba lagi

“mane leh… kalau ko makan dulu… kau dah melanggar undang-undang bujang lapok, tapi di sebabkan kite nie tak lapuk lagi maka leh aaa makan sekarang” kata-kata Mine itu telah menyebabkan beliau di baling dengan periuk nasik yang entah datang dari mana.

Oleh kerana Saraba dan mine sudah kepenatan menunggu kawan-kwan mereka pulang maka dengan ini mereka mengistiharkan masa untuk tidur dan jika mereka tido maka tiada sebarang benda atau factor-faktor yang menyebabkan mereka akan bangun dari alam mimpi mereka.

Matahari sudah pun meninggi, Saraba bangun dan melihat kawan-kawannya iaitu yang tinggi lampai Shugo, yang comel Ryu, yang agak-agak kacak Yujiro dan yang paling bertenang Takeru dan Saraba berasa kehairanan kerana Kinta tiada di rumah… di manakah dia pergi di awal pagi bergini takkan dia pergi kerja kot Saraba berasa kehairanan.

“woi sengal tak yah kau hairan-hairan kat situ, baik kau tenye jelah” kata Shugo

“tak payah tanye, biar aku bagi tau, yang tadi polis datang rumah suruh buat pengecaman mayat, sebab dia kata jumpa mayat Kinta kat atas kubur… oleh waris owner kubur tulah” terang Yujiro pula.

“Takutlah kenapa Kinta mati siapa bunuh dia” kata Ryu sambil memeluk anak patung bunny yang di beri oleh kakak angkatnya.

Saraba tertonggok di hadapan muke Takeru yag berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, sambil pandangan itu di balas oleh Takeru seperti tiada perasaan dan bosan. Kemudian mereka di kejutkan oleh jeritan Mine “ APA KINTA DAH MATI!!!!”

Semua memandang Mine dangan perasan yang tak paham... kenapa harus menjerit sebab memang semua orang dah tahu yang Kinta sudah mati... so what!!!

“malam tadi makcik tua tu kata yang kawan kita akan mati malam nie... dia cakap... dia cakap tu jer” kata Mine dalam nada kelam-kabut, dan kali ini Mine di baling dengan mangkuk tingkat. “huhu!!! Saper yang baling... baik cakap cepat” dan tak de saper pun yang layan.

Selepas pengecaman mayat dibuat, mereka dapati yang Kinta mati akibat daripada... tak di ketahui sebabnya... mereka berenam pun mulakan siasatan yang tidak bernas sebab sepatutnya bagi polis jelah yang siasat... so tak kisahlah dieorang nak siasat jugak dan mereka dapati Kinta mati akibat daripada bermain permainan Evil Spirit.

Jika mereka berenam berfikir permainan ini akan berhenti di sini maka mereka silap kerana permainan itu telah di pos ke pejabat Saraba dan tanpa Saraba sedari yang beliau juga telah terlibat dengan permainan itu, pada mulanya Saraba ingat this is just a game tapi akhirnya Saraba telah di kejar oleh labah-labah besar bersama-sama ratusan labah-labah kecil, walaupun Saraba meminta tolong namun semue orang kat pejabat buat tak heran sebab dieorang tak nampak pun bende tu... oleh kerana Saraba asyik berlari ke hulu ke hilir akhrinya ader orang bodoh mana tah pegi bukak tingkap luas-luas dan pada time tu jugak lah lantai licin baru lepas kne mop oleh makcik klener...adoyai... malang betul budak nie kan... Saraba di temui mati akibat jatuh dari tingkat 13... what a not lucky number...

Mine yang kesedihan dan ketakutan merayau-rayau di kota Akhirabara mencari mainan Evil Spirit... mana la tau kan kot-kot dieorang bleh bagi tahu publisher mana bagi game tersebut ye la macam cerite orang putih tu... ape tah tajuk die yang budak malcolm in the middle tu berlakon. Semasa Mine hendak melintas jalan, dia ternampak perempuan tua yang berjumpa dengannya pada malam pembunuhan Kinta, perempuan tua tersebut senyum sinis kepada beliau sambil memberi isyarat bahawa maut akan menjemput dia pula.

Mine berlari sepantas kilat untuk mendapatkan kawan-kawannya, oleh kerana Mine fail nak bukak mangga pintu, maka Mine membuat keputusan untuk memanjat pagar rumah tersebut dan meluru masuk untuk mendapatkan kawan-kawannya...

“kawan-kawan korang kat mane?” tanya Mine

“kiteorang kat atas nie tengah tengok movie” Jawab Shugo

Mine yang tidak tahan sabar, terus berlari mendapatkan kawan-kawanya dan di situlah ajalnya tiba iaitu Mine terpijak popcorn yang tumpah di atas tangga dan jatuh... gedebuk mati terus... Sekarang hanya tinggal empat sahabat yang cuba meneruskan hidup mereka, oleh kerana mereka tidak mahu hidup di litupi oleh misteri maka mereka pun mencari idea untuk menyelesaikan masalah ini...

Ryu menggunakan kecomelan beliau untuk mengorat kakak yang jual game evil Spirit tersebut, Shugo pula pergi menyisat kawan-kawan Kinta yang bermain permainan tersebut bersama-sama, Yujiro yang bekerja di saloon rambut akan cuba mendapatkan maklumat daripada Cik-cik polis yang menyisat kes kematian kawan-kawan mereka dan akhirnya Takeru yang entah apa yang dibuatnya... tapi dia ader la tuyis-tuyis sedikit.

Akhirnya mereka pun bentangkanlah apa yang mereka dapat, daripada Ryu yang telah menggunakan kecomelan beliau untuk mendapatkan rahsia game tersebut telah mengetahui bahawa, pencipta game tersebut telah mati dirumahnya dan mayatnya di jumpai tercacak di atas patung penunggan kuda yang memengang tombak dan tarikh kematian pencipta tersebut iaitu cukup satu hari daripada tarikh release game itu secara officialnya.

Manakala Shugo pula memberitahu bahawa kematian Kinta berkaitan dengan Game tersebut apabila dalam pusing itu watak Kinta harus pergi ke kubur dan berlawan dengan penjahat dan penjahat itu ialah Badut... kenapa Badut kerana Kinta takut dengan badut sejak kecil lagi , walaupun bukan Badut itu yang bunuh Kinta tapi Kinta telah di kejar oleh Badut tersebut di alam realiti dan beliau telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada batu nisan.

Yujiro yang telah mengorat cik-cik polis telah mendapati bahawa kematian pemain-pemain Game Evil Spirit ini, mati di dalam ketakutan, bermaksud tiada faktor-faktor pembunuhan terlibat, jadi Yujiro telah kepejabat Saraba dan bertanyakan kepada kawan-kawan Saraba yang menjadi saksi kematian Saraba.... Dimana Maklumat yang penting ialah Saraba menjerit-jerit bahawa beliau ternampak labah-labah besar dan ratusan labah-labah kecil yang cuba mengejar dan memakan beliau.

Sedang mereka bertiga membentangkan hujah-hujah masing-masing tetiba mereka terdengar suara Takeru menjerit di ruang tamu, mereka bertiga bergegas untuk mendapatkan Takeru untuk melihat jika ada sesuatu terjadi kepada beliau,

“yes! First price... babe i’ve got first price besok kite pergi shopping kat Tokyo and party all night long” kata Takeru

“hey… stupid… kawan-kawan kita dak KO boleh plak kau bersuke ria” kata Shugo

“entah, berjudi pula kau nie… haram tau tak” tambah Yujiro pula

“tapi kalau Takeru beli bear-bear untuk Ryu, so Ryu tak kisah” kata Ryu

“wait! Takeru we try to solve a problem here” kata Shugo dengan nada yang tegas

“well aku ade jawapan yang korang cari, penyelesaiannya begini, kematian mereka semua di sebabkan oleh ajal dan takdir, apa yang aku tahu mereka yang main Evil Sprit nie, terbawa-bawa ke alam reality, dimana ia di panggil gamephobia, kebetulan watak-watak dalam tu menggerunkan, sebenarnya Mine pernah main game tu apabila dia nak pakai duit balik kampung dan dia pernah test game tu sebelum official realese yang di jalankan oleh publisher tersebut, dan watak perempuan tua tu adalah watak yang telah bunuh watak Mine dalam game tersebut dan samalah dengan Knta dan Saraba, walaupun yang bunuh watak dieorang dalam game terbut adalah watak lain tapi Kinta amat takut dengan Badut dan Saraba pula phobia dengan labah-labah… so itulah kesimpulannya” terang Takeru panjang lebar.

“macam mana pulak dengan pencipta game nie…dia kan mati jugak” tanya Ryu

“dia mati sebab dia test nak wat game baru, sedang dia berlakon sorang-sorang watak terbaru dia… tetiba dia terjatuh dari chandelier dan tercocok pada tombak patung kat rumah die”

“oohhh macam tu ker ceritanya game phobia… jadi sesiapa yang ada phobia tak leh main game nie lah, takut teringat-ingat” kata Shugo yang mula boleh menerima penjelasan Takeru.

“so how you end up first price” tanya Yujiro dengan nada bersahaja

“well Kinta mati atas kubur lot 5, Saraba jatuh tingkat 13 dan Mine pula jatuh 7 anak tangga… so 5137 laaa…hahahaha” kata Takeru

Malam itu mereka berempat tidur dengan lenanya walaupun masih dalam kesedihan inilah malam yang pertama dalam sebulan mereka dapat tidur dengan nyenyak, tetapi pada masa yang sama Takeru sebenarnya masih lagi berjaga dan menggodek-godek komputernya sambil tersenyum secara Evil, Takeru merenung komputernya dan ketawa-ketawa kecil kerana pada ketika itu Takeru sedang mengup-grade game Evil yang di ciptanya dan yang sebenarnya watak-watak di dalam game tersebut adalah jin-belaan Takeru itu sendiri dan tiada siapa yang tahu kerana Takeru ialah EVILISH Shaman yang sentiasa berlegar-legar di kalangan manusia biasa dan bersedia untuk menakut-nakutkan hidup orang lain…

Jadi pengajaran dalam cerita ini:

TAKUTILAH HANYA PADA YANG SATU DAN MOHON PERTOLONGAN HANYA DARINYA.... selain itu....

Jangan berlari-lari sane sini nanti jatuh, kan dah susah…

Jangan main judi haram… tapi di sebabkan watak dalam citer nie bukan Islam makae dieorang boleh r main tail number.

Las skali jangan asyik main game… baek bace buku yang berfaedah, atau buat thesis… dan bukannya cerite merepek macam nie…

SENGAL LA PENULIS NIE!!! HERAN AKU…

KALAU KORANG BACE… KORANG PUN SENGAL JUGAK!!!

No comments:

Post a Comment